Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Info

Transformasi Tudung Mudah Pakai

TAHUN 2008 dan 2009 merupakan tahun hebat bagi transformasi di antara tudung bawal ke tudung mudah pakai atau tudung pasang siap.

  • Rekaan tudung mudah pakai ini sentiasa bersilih ganti bagai cendawan tumbuh. Setiap bulan pasti ada rekaan terbaru atau perubahan dari jenis kain dan corak. Jika rekaan tudung mudah pakai ini begitu agresif, samalah juga dengan orang yang memakainya. Setiap ada rekaan terbaru maka berebutlah juga orang yang hendak membeli. Maka tidak secara langsung, ramailah pula yang berniaga tudung mudah pakai ini.
  • Tudung daripada kain polos atau tidak bercorak dibuat daripada jenis kain jersi yang dipanggil sebagai kain hujan panas kerana terdapat dua tona warna (warna di luar dan di dalam berbeza). Oleh itu, si pemakai boleh menggayakan baju yang mempunyai dua tona yang sama seperti dengan tudung.
  • Sementara tudung yang bercorak dihasilkan daripada kain jersi Jepun yang berkualiti. Terdapat corak-corak abstrak, berbunga atau jalur dengan gabungan warna-warna terang. ''Kain jersi amat sesuai bagi membuat tudung mudah pakai kerana ia lembut, memeri, 'jatuh' apabila dipakai, tidak kejang atau keras, tidak kecut selepas dibasuh, tidak turun warna dan nampak cantik pada muka si pemakai dan lebih penting ia tidak panas. Selain itu, kualiti jahitan amat dijaga.
  • ''Orang yang berleher rendah memang sesuai dan cantik memakai tudung ini kerana jenis kainnya melekap di leher dan membuatkan leher pemakai nampak jenjang. Begitu juga dengan mereka yang bekerja memakai pakaian seragam. Tudung ini boleh dimasukkan ke dalam baju dan nampak kemas. Cantik jika digayakan ke pejabat, majlis atau kasual manakala pilihan warna dan corak mudah disesuaikan dengan tempat yang hendak dituju.
  • Dibuat dalam beberapa saiz mengikut bentuk wajah pelanggan. Terdapat tiga saiz, iaitu S, M, L dan XL yang boleh ditempah oleh pelanggan. ''Ada yang suka tudung yang pendek, terdapat pula yang mahukan tudung labuh menutup atas dada dan ada pula yang mahukan tudung labuh hingga menutupi bahagian dada ke bawah.
  • Tudung sekolah

    Pengumuman kepada ibu bapa.. Kami mengeluarkan 'tudung sekolah' untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.. Tempahan dibuka..
    atau
    dan
    di shoutmix di blog kami..
    Harga - RM18
    (Kos Penghantaran - percuma)


    ShoutMix chat widget